Dashboard | +Follow
Like A Paradise
Headache - Part II
23 September 2011 • 3:12 PM • 0 comments

Okay now , aku nak sambung post tentang ' headache ' . Perasan tak dekat post tu , aku ade ckp yg mnggu dpn aku kne pergi hosp utk buat internal check-up kan ? 21sept2011 , hari yg bersejarah in my life . Pukul 11am , pergi Johor Specialist . Pergi kaunter pendaftaran , daftar semua , then jumpe doktor bahagian ' internal medicine ' . Nurse ingatkan mak aku yg nak jumpe doktor . Haha . Okay , mungkin ramai nurse yg macam ta percaya budak 14 thn jumpe doktor bahagian internal . Itulah hakikatnya . Dah cerita semua dekat doktor , die check jantung , dada , tekak , mata semua tu . Doktor ckp takut kalaukalau ade ketumbuhan dekat bahagian otak . Lepas jumpe doktor dalam pukul 12 , pergi amik darah . First time amik darah buat aku takut . Sakit jugak kot time die nak sedut darah tu keluar . Hhu . Then , doktor suro buat MRI dan MRA utk scan bahagian otak . Berdebar menunggu . Pukul 2 , nurse panggil . Die panggil " Puan Hannan " . Erk ? Haha ! Nurse ni pun ingatkan mak aku yang nak check . Tangan aku sejuk , takut gile rasa nak buat benda ni semua . Lalulah dekat bilik scan semua untuk pergi ke bilik MRI . Aku tengok dalam bilik bilik semua tu , banyak gile mesin yang ade . Urgh , buat aku lagi takut je . Then , ade pakcik senyum dekat aku sebab die nampak muke aku mcm takut sgt . Huu . Dah sampai bilik MRI . Luar bilik tu mcm biase je . Ta nmpk mesin lagi . Sampai giliran aku kena panggil , aku masuk dengan hati yang berdebar . Tergamam bile tengok satu mesin besar yang ade bulat besar dekat tengahtengah mesin . Ini lah yang mak aku ckp " terowong " tu . Haha :D Mak aku tak boleh teman . So aku kena masuk sorang sorang . Hhu ! Takut boleh ?

MRI dan MRA serentak :)



20 minit aku kena berada dalam mesin ni . Ta boleh gerak langsung . Bunyi ape entah yang bising sangat dalam mesin ni . Daripada aku sakit kepala , terus sakit telinga . Haha . Apeape je lah .


20 minit kemudian...

Mesin dah pun berhenti . Yihaa ! Sukenye . Lega rasa . Hhe . Lepastu , pergi jumpe doktor balik . Doktor suro pergi bilik ' admission suite ' untuk daftar katil . Means , aku kena admitted lah kan ? Oh no ! Aku taknak tidur hospital ! Hhu . Tapi , nak taknak kena jugak >.< First nak amik bilik double . Cume ade 2 pesakit je dalam bilik tu tapi FULL . Nurse ckp pesakit perempuan ramai . Wad pesakit lelaki kosong je . Kenapa agaknye perempuan ramai yang sakit ? Entahlah . So , aku terpaksa lah amik wad 6 katil . Nombor katil 439D sudah pun menjadi milik pesakit Hannan Al-Habshee untuk satu malam sahaja . Hehe .  Satu malam je aku kena tahan . Seriously aku ckp , aku jakun dengan katil hospital . Boleh naik turun . HAHA ! Dah lame tak masuk hospital , inilah jadinya :D Aku tak percaya yang aku baring dekat atas katil hospital . Hee . Nurse datang , check tekanan darah . First check , tekanan darah aku rendah . Time malam , nurse check lagi . Dah kembali normal . Malam tu , ta boleh tidur lena sangat kot . Pagipagi , nurse dah kejut . Pukul 5 pulak tu . Hhu . Nurse bagi satu barang , kena letak dekat bawah lidah untuk check suhu badan . Pukul 7 , nurse bagi breakfast . Pukul 9 doktor datang . Die ckp otak dan darah aku semua okey . Tade apeape prob . Maybe aku kena early migrane . So , setiap malam aku kena makan satu ubat untuk kurangkan migrain . Lagi 3 minggu , kena pegi hosp lagi . Doktor nak jumpe . Pukul 3 petang , aku telah pun meninggalkan Hospital Pakar , JB - tempat kelahiran aku . Hee . Masa aku dekat hospital 1hari , ade 2 orang datang melawat . Okay , aku memang rasa bersalah sbb menyusahkan dieorang datang lawat aku yang tak berapa nak sakit ni . Orang mungkin tak nmpk yg aku ni sakit sebab aku memang ta mcm org sakit dkt hosp . Haha . Sakit dalaman orang tak tau kan ? Masa aku dah keluar hosp pun ade jgk org dtg rumah , nak melawat . Tapi time tu aku baru keluar hosp so masih pening lagi . Jadi aku baring je dan tidur . Orang datang melawat pun bg duit dkt org yang sakit . Hhe :P
Dapat MC 3 hari . Ingatkan baru nak pergi sekolah hari ni . Tapi , doktor tak kasi . Hhu . 2hari dekat hospital . Kenangan manis kot :)

# Anak kawan mak aku yang berumur 1tahun 10bulan koma dekat CCU . Hospital yang same dgn aku . Kesian tengok budak kecik mcm tu . Keliling die penuh dengan mesin . Dah 3hari budak tu koma . Hope die cepat sedar dan cepat sembuh . Amin :)


OLD | NEW
Disclaimer


« Go back to entries
« Look her profile
« Exchange Link is open


Credits


Template : Aulia Septiya
Edited : Hannan Al-Habshee