Dashboard | +Follow
Like A Paradise
Headache -.-
16 September 2011 • 5:00 AM • 0 comments

Saya tak sekolah . Hhe . Semalam *14 sept , masa sampai sekolah , sihat walafiat jeh . Tapi , cuaca semalam sangat panas terik dan mungkin cuaca yg teramat panas tu telah membuatkan saya pening kepala . Sebelum waktu solat zohor , aku khalilah ameera dan aina pergi makmal komputer tgk misya berlatih koir . Masa tengah dalam makmal tu , aku pun bukak la buku komsas , na bace drama ' INFLAKASTA ' sbb waktu BM nnt group aku kene buat presentation . Malangnya , time aku bace je , aku akan nampak tulisan bahagian sebelah kiri je sbb mata kanan dah kabur dan susah na nampak . First , aku just igtkan biase biase je . Tapi , bile dah lama lama dduk dlm makmal tu , urghh --' kepala makin pening . Pening yang tersangat pening . Then , aku ajak lah khalilah pergi surau sbb mase tu dah nak masuk waktu zohor . Sekali bile dalam surau pun , pening lagi . Ingatkan dah okey . Lepastu , misya masuk surau .

Misya : Kau nak balik tak ?
Hannan : Kalau aku balik  , sape nak amik ? Mak aku kerja .
Khalilah : Cikgu Zarinah boleh hantar kot *guru kelas
Hannan : Urm..
Misya : Ke kau nak tunggu lepas solat ? Nanti kalau ustazah dah masuk , susah nak keluar .

Aku fikir fikir , rasa macam tak larat kalau na tunggu lepas solat . Takut tiba2 pengsan je nnt time solat .

Hannan : Misya , jom teman aku call mak aku .
Misya : Pergi pejabat jom !

Dalam pukul 1pm , aku keluar surau bersama sama dgn misya dan khalilah . Aku kemas beg then terus pergi pejabat . Sebelum tu aku mmg ade rasa mcm nak muntah , tapi tak terasa sgt . Sebelum prgi office , misya suro muntah dkt tandas dulu . Tapi , tak boleh nak paksa kan ? Erghh ! Aku tak suka sakit macam ni . Melemahkan tubuh badan . Then , pergi office . Misya tolong ckp dekat cikgu yang ade dekat counter tu , aku nak balik . Cikgu tu call guru yg bertugas hari tu [ cikgu muna ] . Beberapa minit lepas tu , cikgu muna masuk , die call mak aku . Mak aku tak boleh amik -.- Terpaksalah cikgu muna hantar aku balik sebab aku mmg taknak stay dekat sekolah kalau dah keadaan badan mcm ni . Hhu .

Dah sampai rumah , lega sikit kot . Masuk bilik je terus muntah . Tapee . Aku dah pernah alami sakit macam ni banyak kali . Dah 3 kali aku pening mcm ni sampai muntahmuntah . Jadi , aku tak risau sgt tinggal rumah sorang sorang kalau aku kena sakit yg same . Malam tu , mak aku balik kerja terus pergi klinik . Aku tak suke pergi klinik sbb nanti doktor akan ckp bnda yg same mcm mane aku prgi check sebelum ni . Balik klinik , makan ubat . Pening lagi --'  Okay , minggu depan aku kena pergi hospital buat internal check-up . Check bahagian otak sebab aku dah kerap pening kepala sejak tahun 2008 . Takut la sehh na check . Kalau kena admitted dkt hosp , mcm mane aku na pergi sekolah ? Huu . Taknak pergi ! Taknak check ! *~*

# MC 2 hari , cuti 5 hari . Rabu , khamis - MC . Jumaat - Cuti 1 Malaysia . Sabtu  , ahad - Weekend :)

p/s : Terima kasih , cikgu . Terima kasih , misya . Terima kasih , khalilah .


OLD | NEW
Disclaimer


« Go back to entries
« Look her profile
« Exchange Link is open


Credits


Template : Aulia Septiya
Edited : Hannan Al-Habshee