Dashboard | +Follow
Like A Paradise
Tanda KasihSayang Cikgu :D
22 January 2012 • 1:19 AM • 0 comments

Assalamualaikum,

Ape khabar ? Sihat ? Kalau tak sihat pergi klinik atau hosp tau. Nanti kalau sakit, tak boleh buat hw. Kalau tak buat hw, cikgu marah. Nak ke kena marah ? Hha. Okey, dah.

Lama jugak aku tak update blog. Maklumlah, saya ni calon PMR 2012. Takde masa nak online. Hhe. Jangan percaya ayat tadi. Itu hanya tipu. Hari sekolah mmg biasenya aku tak online. Sebab hw satu hari je dah menggunung. Mase bilenye aku nak online kan ? Hhu. Life sebagai calon peperiksaan besar ni memang memenatkan. Macam tak percaya pun ade jugak bile check balik hw. Kadang2 , online seminggu sekali je. Cume bukak FB, bace blog orang. Nak update blog sendiri mcm malas sbb selalu online pun tak lame. Sekejap sekejap je. Ni baru lama kot. Kenapa kali ni online lame ? Tunggu post berikutnya :)

Okay, aku sebenarnya nak cakap pasal Homework. Sekarang kita semua tengah bercuti seminggu. Kalau cuti takde hw tak boleh ea ? Hw cuti seminggu macam hw cuti 2 minggu --' PMR ade 8 subjek. Dan, hw untuk cuti ni ade 8 subjek jugak. Maksudnye, semua subjek ade hw. Cikgu ni baik sangat lah bagi kiteorang hw banyak2. Nnt kan cikgu penat nak tanda. Kesian cikgu. Hehe. Nak tau ape hw saya untuk cuti seminggu ni ?




Tengok tuu ! Tengok tu ! Ade 11 buku. Tapi dalam gambar ni tak semua hw ade. Kalau masukkan semua tak muat satu gmbr kot. Hhe. Eh, nampak tak buku science process skills yg hujung belah kanan tu ? Tu buku form2 tau. Science mmg cikgu suro buat mind map utk tajuk form2. Hai buku form2, saya akan bace awak lepas ni. Harap2 tak banyak yg aku lupe pasal sc form2. Hhu. Seronok seronok update pasal hw ni, takut terlupa pulak nak buat nnt. Tadi pun aku dah lupe ape hw yg cikgu bagi. Japjap.

  • BM-komsas
  • BI-buku Gusto 6pg, summary & informal letters
  • Math-buku Booster 17pg
  • SC-mind map form2
  • Agm-buku takeaway homework 3tajuk
  • Geo-kertas aktiviti 
  • Sej-buku TOP Gear, nota berpandu & cari maklumat dkt internet
  • KH-lakaran, aktivit buku teks

Rasanya ni je kot. Memang ini je yg aku dpt ingat buat masa skrg ni. Jgn ade yg lupe sudah. Hhu. Tak sanggup aku nak menambah lagi hw. Sempat ke nak buat semua ni ? Cikgu, akan saya siapkan semua homework yang cikgu dah bagi sebagai tanda kasih dan sayang cikgu kepada anak murid. Tapi kalau saya tak siap, cikgu jangan marah tau. Hhe.

Cuti lagi 8 hari. Homework satu ape pun tak buat lagi -.- Eh, aku masuk rumah sukan WIRA ( merah ) tahun ni. Tahun ni, TDs ade 6 rumah sukan : Juara-biru, wira-merah, jaguh-hijau, satria-kuning, saga-oren, waja-ungu. Aku nak JUARA. Taknak la tuka tuka rumah sukan ( ! )


OLD | NEW
Disclaimer


« Go back to entries
« Look her profile
« Exchange Link is open


Credits


Template : Aulia Septiya
Edited : Hannan Al-Habshee