Kem Kaizen
10 March 2012 • 1:18 AM • 0 comments
Assalamualaikum ,
Dah berminggu minggu aku tak update blog. Sekarang ni memang makin jarang lah aku bukak blog ni. Update pun maybe sebulan sekali je. Hhe. Okay, sebenarnya ni aku nak cerita pasal Kem. 3Mac-4Mac aku pergi Kursus Kepimpinan DSLC dkt Kem Kaizen, Pontian. 2hari 1malam je. Ape ? Ingat aku tak boleh jadi pemimpin ke ? Haha. Guragurau. Aku cume ahli Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) je. Dan, aku pun takde lah pimpin kawan aku sangat. Aku memang tak rasa yang aku ni pemimpin pun sebenarnya. Hehe. Kem minggu lepas, update minggu ni. Terserlah kebizian aku tahun ni :\
Sebelum bertolak
Bertolak yang sepatutnya pukul 8. Tunggu punye tunggu, pukul 8.30 baru bertolak. PRS dapat bas 1 drpd 11 bas yang ade. Walaupun lah kiteorang naik bas 1, kiteorang lah yang lambat bertolak sebab driver bas parking bas dalam sangat. Jadi, kalau nak keluar dah tak boleh sebab dah kena block. Kenalah tunggu bas lain gerak dulu. Okay, tape. Sabar. Hehe. Sampai Kem Kaizen dalam pukul 9 lebih jugak kot. Baru sampai, letak beg dah kena jerit suruh cepat beratur. Macam nak gugur jantung. Tibe2 semua kena jerit. Haha. Dah bagi taklimat, masuk dorm. Aku dapat dorm ' Othman Saad '. Satu dorm perempuan 35 orang. Cool kan ? Lelaki satu bilik 4 orang je. Lelaki tak ramai. Aku faham. Hhu.
Baru sampai, bawak beg berat naik bukit :\
Kumpulan B
Halangan aktiviti Titanic
# Ade benang keliling kiteorang #
Persediaan sebelum masuk hutan
Aktiviti untuk hari kedua ni best. Aktiviti air. Memang best lah bagi aku. Satu badan semua basah rendam dalam air. Banyak kali aku jatuh dalam air sebab tak lepas buat aktiviti. Haha. Nasib aku lah kan. Tak pandai berenang, masuk air memang hampir lemas. Tapetape. Aku suke. Hee. Pukul 12, jungle trekking ke Gunung Pulai. Dengan baju basah basah, kasut dah berar dipenuh air, masuk hutan. Memang menguji ketahan mental dan fizikal kita. Masuk hutan je, ade laluan air. Yes, basah lagi. Haha. Lepastu kena naik bukit, turun cerum curam, gune tali, paut pada pokok. Akhirnya, sampai puncak ! Sampai puncak je, semua dah keletihan. Tapi tak lame pun dekat puncak. Amik angin sekejap, turun curam lagi. Okay, jalan sikit lagi, masuk kelapa sawit, jalan dipenuhi daun pokok kelapa, langkah batang pokok...pukul 2 sampai ke penamat. Haha. Legaa rasanya dah habis. Balik dorm, tukar baju, lunch, solat zohor, ade majlis penutup. Cikgu berucap, faci berucap, penghulu & penghulu hati berucap, bagi hadiah, nyanyi lagu, kemas beg, BALIK ! Jujur aku cakap, aku rasa sedih nak balik walaupun cume 1malam je.Tapi aktiviti dekat kem kaizen mmg best dah aku rasa happy. Dalam masa 2 hari je aku rasa lebih 50 kali kiteorang kena ketuk ketampi. Balik kem je, semua pergi sekolah hari isnin tu jalan dah macam orang takde tulang kaki. Haha. Semua yang pergi kem mmg nampak lain drpd lain cara jalan. Sakit gile boleh nak naik turun tangga. Dapatlah rasa jadi ' orang tua ' sementara. Nak jalan, naik tangga, turun tangga kena ade orang pimpin. Haha. Kesiankesian. Tapi, tu semua dah berlalu. Kenangan yang best bagi aku.Terimakasih Kem Kaizen :)
Disclaimer
Credits

Edited : Hannan Al-Habshee








