Dashboard | +Follow
Like A Paradise
05 May 2012 • 9:51 PM • 0 comments

Assalamualaikum,

Boleh kira tak dah berapa lama aku biarkan blog aku ni sorang-sorang ? Last update 13march2012. Dan hari ni 5may2012. Okay sebulan lebih.Yang lebih tu kira sendiri. Malas aku. Hehe. Yes. That's me. Malas malas dan malas. Perkataan tu selalu keluar dari mulut aku. Hewhew. Abaikan. Sebenarnya dalam sebulan lebih banyak benda yang berlaku. Pertandingan kawad kaki, persediaan nak exam, kelas tambahan yang ditunda #sakithati, peristiwa yang menyedihkan dan memalukan <-- rahsia. Hehe. Dan dannn ! Tadi aku baru tengok akad nikah SchaAwal. Hehe. Semalam ditunda. Yeahh baguslahh. Aku dah penat-penat tunggu depan tv nak tgk dieorg kahwin, sekali iklan je memanjang. Terima kasih sangatsangat lahh astro. Haha. Dahdah. Lepas geram dkt sini pulak. Tak puas puas dah lepas geram dkt twitter semalam. Hehe.

Entah mimpi apa agaknya aku malam ni kan ? Tetiba rajin pulak nak update blog. Macam ni, tadi aku bukak laptop ni nak sambung buat kerja kursus sebenarnya. Memandangkan kerja kursus geo dah nak kena hantar, aku pun bertungkus lumus lah siapkan. Mid year exam pulak dah nak dekat. Nanti dah sibuk sibuk nak study, nak buat kerja kursus lagi, mane sempat kan ? Tapi tengok lah ape yang aku buat sekarang ni ? Dengar lagu, update blog. Haha. Kerja kursus dah dilupakan. Tadi cakap beria. Hehe. Okay okay. Membebel pulak aku 2 perenggan. Maaf. Ni lah padahnya bile dah lame tak membebel dekat blog :P

15 May 2012 - Bermulah perjuangan aku dalam peperiksaan pertengahan tahun. Kenapa cepat sangat ?! Dah bulan 5. Nanti bulan 6, bulan 7, bulan 8 dah triall ! Ohh tidak tidak. Aku taknak. Hhu. Aku belum dapat kesedaran lagi yang aku PMR tahun ni. Can someone help me ? -.- Dekat kelas, bile cikgu takde budak budak kelas aku kebanyakannye masih lagi main main, berbual, gossip, merayap #berdasarkan pengalaman sendiri. Hehe. Berapa je kot yang bukak buku buat homework mase cikgu tade. Aku sometimes laa. Bile dah sedar diri yang PMR dah dekat, time tu lah tibe tibe aku jadi transformer. Tibe-tibe jadi rajin. Haha. Kawan kawan aku kacau pun aku biarkan je. Dekat sekolah memang aku rasa malas nak belajar time cikgu tade. Bukan boleh masuk otak pun. Budak lelaki dah memekak dalam kelas. Nak suruh aku study waktu tu ? Memang TAK lahh jawapnye. Haha. Balik rumah bile malam-malam baru aku rajin study or buat hw. Time tu sunyi, baru boleh masuk otak. Hehe.

Hari jumaat lepas, cikgu ade panggil beberapa budak Form3 pergi dewan lepas perhimpunan. Aku ingat ade ceramah motivasi ke ape. Dah lame tak kena ceramah. Rasa nak kena ceramah pulak. Haha. K aku dah tak betul. Orang tak nak dgr ceramah, aku boleh nak pulak. Lepas beratur, aku dgn misya pun yeye lah amik beg dekat surau pergi dewan. Mulemule nak bawak diari je. Misya lahh ni suruh bawak beg sekali. Beg aku dah lah berat. Hehe. Jangan marah tau misyuupp. Sekali, sampai je dewan aku tengok dewan ni mcm tunggang langgang je. Takkan nak dgr ceramah mcm ni ? So aku pun pelik lah. Kenapa cikgu panggil kan ? Kalau dgr ceramah memang tak lah dgn keadaan dewan mcm tak tersusun je. Bile cikgu rohaida masuk, die kate nak ambil gambar untuk banner PMR 2012 yg macam budak Form5 punye yg dah tergantung tu. Budak perempuan...dengar je " nak ambik gambar ", semua terus betulkan tudung masing-masing. Haha. Itulah perempuan. Kena amik gambar individu wehh. Mestilah nak lawa-lawa. Sape yg nak kan tudung senget benget. Orang tgk pun malu. Hahaha. Lepas semua dah ambik gambar, cikgu suruh sediakan satu kata2 semangat nak tulis dekat banner tu nanti. Haihh. Tu yang aku dari semalam cari kata kata smngt dkt majalah sekolah abg aku. Dkt majalah sekolah die ade byk. So aku pilih je mane aku nak. Hehe. Tak silap ade dalam 20 lebih org kot budak form3 yg kene ambik gmbr. Semua ni yang cikgu target dapat straight A's PMR nanti. Aku takut betul kalau cikgu target2 ni. Aku tak yakin 100% dgn diri aku. Hhu. Tapi InsyaAllah aku akan cube dapat 8A. Amin :) Mid year exam ni tajuk form1 form2 semua keluar. Banyak betul kena study balik. Banyak jugak yg aku dah lupa pasal form1 form2 ni. Hehe. Okaylahh, panjang pulak aku bercerita kali ni. Doakan batch PMR tahun ni okay ? Terima kasih ! Btw, Goodluck utk Mid-Year Exam korang :)


OLD | NEW
Disclaimer


« Go back to entries
« Look her profile
« Exchange Link is open


Credits


Template : Aulia Septiya
Edited : Hannan Al-Habshee