Trial Result
30 August 2012 • 9:32 PM • 0 comments
Assalamualaikum,
Sebelum aku mula, aku nak cakap yang aku memang tak akan post pasal Hari Raya tahun ni. Tak tahu kenapa, aku rasa masa malam raya and pagi first day raya tu aku rasa bosan sangat sangat. Tak rasa nak raya wehh :\ Hari-hari selepas tu macam biasa je lah. Memang sama setiap tahun, pergi beraya, kumpul duit raya. Okay dah, itu je pasal raya. Very bored, right ? -.-
Sekarang ni, aku nak post pasal exam. Yes. Exam, exam and exam ! Lepas 2 minggu habis Ujian 2 haritu, Trial PMR pulak. Rasa macam ' Eh, cepatnya dah Trial. Masa tu baru je Ujian. Exam lagii ' Memang tu lah yang aku rasa. Baru nak relax daripada exam, dah Trial. Tengok tengok sekarang, dah habis dah pun Trial. Result pun dah dapat. Alhamdulillah. Aku still maintain dapat 7A daripada Ujian 1, Ujian 2 dan kali ni, Percubaan PMR. Memang setiap kali dapat 7A, ada je 1 subjek dapat B atau C. Haihh. Tapetape. Sabar :) InsyaAllah PMR nanti aku akan cuba dapat 8A. PMR lagi 39 hari je mulai dari hari ini ( 29 Ogos 2012 ). 39 hari tu aku rasa sekejap sangat kot. Ye, memang sekejap. Cube tolak dengan weekend, time kita makan, time kita tidur. Tak sampai 39 hari okay.
Ya Allah. Sekejap nye masa berjalan. InsyaAllah aku dah ready 80% untuk PMR. Lagi 20% tu aku akan usahakan dalam masa 39 hari ni. 39 hari je tinggal wehh. Cuti seminggu raya tu aku tak bukak buku langsung pun. Bagus kan ? Haha.. Niat dah ada dah. Buku pun dah letak atas meja. Eh eh, malas pulakk. Turun bawah, tengok tv, buku diabaikan. Okay, jangan tiru cara ini. Hehe. Tapi time percubaan tu memang penat kot. Tidur pun cuma berapa jam je. Haa, last last aku datang lambat masa last day Trial tu. Exam start 7.30, aku sampai sekolah 7.20. Nasib baik sempat. Tapi nervous lah kan sampai lambat time exam. Dah lah haritu exam Sejarah dengan Math. Mental aku tak bersedia dengan baik pagi tu. Dugaan dugaan :|
Minggu depan dieorang kata ade gerak gempur. Tapi kenapa Form3 pagi tak dapat ape-ape info pasal gerak gempur ni ? :o Dapat tahu ni pun last minute, semalam kot dapat tahu. Lepas gerak gempur, ada Pra-PMR. Yeke ? Banyaknya exam. Huhu. Tapelah. Tahun ni je.
GOODLUCK to all PMR Candidates and CONGRATULATIONS to all who get good result in Trial PMR.
Disclaimer
Credits

Edited : Hannan Al-Habshee



