Life as a Form 4 =)
26 January 2013 • 10:00 PM • 0 comments
Assalamualaikum.
Page 26 of 365
Hari ni dah hari ke-26 dalam tahun 2013. Why so fast ? Aku rindu time Form 3. Rindu nervous nak PMR. Haha. Rindu time first day PMR, beratur nak masuk dewan. Yang paling aku rindu masa tunggu result PMR. Ya Allah. Time tu perasaan aku dah bercampur-campur dah. Tapi yang sedih tak dapat ambil result dengan kawan-kawan dekat sekolah.
Tahun ni, hari ni, dah 26 hari aku jadi remaja 16 tahun. Actually, baru 15 tahun plus plus. Haha. Nak genap 16 tahun nnt masa 9 Julai. Time tu baru genap 16 tahun. Hihi. Minggu pertama jadi Form 4 agak membosankan. 2 hari duduk dalam dewan untuk sesi orientasi. Masa tu memang lah tak selesa sangat sangat. Then, dah hari ke-3, baru kiteorang semua boleh masuk kelas masing-masing. Part cikgu umumkan nama ikut kelas tu, ada rasa sedih jugak lah sebab kawan-kawan yg dulu sama kelas tapi tahun ni semua dah berpecah.
First day masuk kelas 4A, rasa macam tak best. Sebab separuh daripada kelas tu budak cina and mostly pelajar2 daripada kelas KKD tahun 2012. Aku memang tak biasa dengan budak cina KKD sebab dah 3 tahun kawan dengan budak RK je. Susah jugak nak sesuaikan diri dengan dieorang semua mula2. Ada someone budak cina lelaki kelas aku ni, dia memang jenis yg TAK RETI DIAM. Urghhh. Memang sakit hati jgk aku dgn dia mula-mula tu. Tambah pulak aku duduk dekat dgn dia dalam kelas. *kedudukan tempat cikgu kelas yg tetapkan -.- Aku sll jugak tegur dia suruh diam walaupun tktau nama. Haha. Tapi dah masuk 3 minggu dengan dieorang semua, dah okay jugak lah. Aku pun baru nak start hafal nama budak cina lelaki dalam kelas aku. Rupanya dieorang ni jenis yg ' gila-gila ' jugak. First impression aku dekat dieorang ni, ingatkan dieorang jenis yg belajar je 24/7. Ingatkan bila satu kelas dengan dieorang semua, kelas akan jadi diam. Tapi tanggapan aku salah sangat2. Hahaha. Kelas aku lagi bising daripada kelas 4B. Cikgu-cikgu ramai yg tegur kelas aku sebab terlalu bising. Hehe. Sekarang dah terasa best jugak lah masuk kelas 4A.
Tapi makin hari makin ramai yg dah pindah sekolah. Ada yg pindah sekolah lain untuk dapatkan science stream, ada yg pindah sekolah teknik, ada yg pindah pergi SBP. Makin berkurang pelajar Form 4. Result MRSM belum keluar lagi. Nanti lagi ramai yg pindah kalau dapat offer MRSM.
# Tibe otak dah blank nak teruskan ayat. Sampai sini je lah post kali ni.
Disclaimer
Credits

Edited : Hannan Al-Habshee


