Dashboard | +Follow
Like A Paradise
08 June 2012 • 11:24 AM • 0 comments


Assalamualaikum,

Mungkin hari ni aku last update blog. Aku akan pergi jauh. Doakan perjalanan aku selepas ini selamat dan semoga aku dapat tempuh semua dugaan yang datang dengan hati yang tenang. Terima kasih kepada semua yang selalu menjengah dan rajin membaca post-post aku sebelum ni. Maaf kalau ada kata-kata yang menyinggung perasaan korang semua, menghiris hati sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Aku juga manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Sama seperti anda semua.

Okay dah. Jangan sedih sedih. Don't cry baby. Baby lah sangat :P Haha. Tadi tu ayat mukadimah je. Saja bagi intro feeling-feeling sikit. Tapi mungkin betul jugak. Sebab lepas-lepas ni aku dah busy semula dgn sekolah. Dua hari lagi cuti sekolah dah habis dan lepas itu, semua yang bergelar ' PELAJAR ' akan memulakan balik tugasan2 yang selalu dilakukan macam bangun pagi [ kalau sekolah pagi ] , buat homework setiap malam, tengok jadual yang tertampal dekat dinding bilik korang tu setiap malam / pagi, set alarm setiap malam sebelum tidur, pagi-pagi bangun mesti fikir " ada tak homework tak siap ? " Then, waktu tu mesti akan cakap " alah, biar je lah homework tak siap. Nanti pinjam je kawan " Haha. Mesti ada kan macam ni ? Jangan malu-malu. Mengaku je lah. Aku pun selalu macam ni. Hehe.

First day naik sekolah dah kena hantar kerja kursus Sejarah. Saya ulang. FIRST DAY ok. Masa 2 minggu cuti ni aku kena siapkan semua benda tu. Dengan ayat lebih tepat lagi, buat balik semua. K. Tangan aku ada 5. Tapetape. Aku ada 50 jari jadi mmg boleh siapkan semua tu dengan cepat dan pantas. Haha. Disebabkan jari saya ade 50, saya hanya menggunakan 5 hari terakhir cuti sekolah ni untuk siapkan kerja kursus ni. K mati aku macam ni --' Ni baru PMR. Belum SPM. Ohh ye, hari Isnin nanti confirm 101% akan ade perhimpunan rasmi. Confirm 101% jugak time tu nanti mesti ramai cikgu yang akan berdiri atas stage, pegang mic lame2. Saya dah tahu itu :) Dan dannnn...perkara yang paling paling mendebarkan aku bile naik sekolah nanti ialah result mid year exam haritu. Aku tak nak tau boleh ? Tapi ada jugak beberapa subj yg aku dah tau. Result aku kali ni banyak kot yang down. Mengapa sihh Johor bikin soalan susah bangat ? Pening kepala aku nak jawab exam. Untunglah kalau paper sekolah buat. Mesti tak sesusah macam negeri buat. Tapi paper Form3 semua negeri buat aku rasa. Dah dah, aku taknak tau result aku kali ni -.-

Eh, panjang pulak aku merepek pagi ni. Kalau lah buat karangan BI idea banyak macam ni kan bagus. Hehe.  Kalau k. Kalau :)


OLD | NEW
Disclaimer


« Go back to entries
« Look her profile
« Exchange Link is open


Credits


Template : Aulia Septiya
Edited : Hannan Al-Habshee