15 June 2012 • 6:21 PM • 0 comments
Assalamualikum,
Aku kembali lagi. I'm back :D Sebenarnya aku takde main point update blog ni. Cume nak story life dkt sekolah sejak akhir-akhir ni. Sedar tak sedar, sekarang dah pertengahan bulan 6 ok. 15june2012. Jujur aku cakap, aku tak sedar lagi yang aku nak PMR tahun ni. Kemungkinan besar PMR tahun ni start 9okt. Ok dah. Stop pasal PMR.
Hari ni dekat sekolah tadi tak belajar sangat pun. Semua busy sebab ade raptai Hari Anugerah Cemerlang untuk esok. Stage dekat dewan tadi LAWAA weyy aku tengok. Style garden gituu. Dan bile dah semua orang busy, jadi orang yang terlibat pun akan buat-buat busy. Normal lah tu. Haha. Aku pun busy jugak. Busy dengan kerja kursus. Ye, minggu ni budak form3 sekolah aku semua kelam kabut dengan kerja kursus Sej & Geo. KH dah selesai lame dah. Cume mase tu cikgu KH bagi markah dan Alhamdulillah aku dapat full mark untuk kerja kursus KH. Kerja kursus Sej pun aku dah hantar. Lega sikit kot bile banyak kerja yang dah settle. Sekarang tinggal kerja kursus Geo je. Ade lagi sikit nak buat lepastu nak binding dan Isnin depan dah boleh hantar.
Lepas lega dengan kerja kursus, confirm 100 peratus lepas ni akan busy dengan study pulak. Bulan 8 dah trial. Sebelum tu ade lagi Ujian 2 dgn Pra-Percubaan. Ohh sebelum aku lupa, ade Hari Sukan Sekolah nanti. Tapi taktau bile. Aku tak pernah terlibat dalam ape-ape acara pun utk sukan sekolah melainkan kawad kaki unit beruniform. Tu je yg aku sll masuk. Saya bukan pelajar yang aktif bersukan :) Sebab tu lah badan ni makin lama makin berat makin besar. Haha. Jujurnye aku.
Tadi dekat sekolah aku, misya, ella dengan aina banyak luangkan masa dengan berbual je. Then, misya cakap bulan 7 atau bulan 8 nanti mesti cikgu dah bagi borang permohonan SBP / MRSM / Sek Sains. Aku taktau nak mohon ke tak. Kalau mohon, lepastu dapat, aku taktau pulak nak pergi ke tak. Sedih sangat sangat kot nak tinggalkan Sekolah Taman Daya ni. Dulu masa aku darjah 6, aku tak pernah pun nak masuk sekolah harian. Masa tu tanggapan aku sekolah harian ni macam utk sekolah budak-budak nakal je. Rupenye, tanggapan aku salah. Bile dah hampir 3 tahun aku bergelar pelajar sekolah harian ( sekarang sekolah aku dah jadi sekolah kawalan sepenuhnya ) , aku rasa best pulak sekolah dekat sini. Lagi lagi, kalau nak tinggalkan RK. Sumpah sedih woii :\ Dah 3 tahun kiteorang sama-sama jadi pelajar KRK, tibe tibe tahun depan maybe ramai pindah. Lepastu nanti dah berpecah kelas ikut aliran masing-masing. 3 tahun kiteorang berkawan, dah rapat sejak Form1 sampai Form3, KRK ni dah macam adik-beradik, macam satu keluarga. Kalau lain kelas tape lagi, still satu sekolah. Tapi kalau dah pindah sekolah masuk asrama, aku taktau lah macam mane nanti. Sekarang ni pun aku selalu fikir nak masuk ke tak asrama. Masih 50-50 lagi. Ada baik ada buruknya kalau aku masuk. Kita hanya merancang je kan ? Allah yang tentukan apa yang terbaik untuk kita :)
Disclaimer
Credits

Edited : Hannan Al-Habshee



