Hari Sukan TDs
06 July 2012 • 2:15 PM • 0 comments
Assalamualaikum,
Aku mengupdate blog ni pada pukul 12.27pm dan sememangnya aku tak sekolah hari ni. Hehe. Seronok pulak tak sekolah. Okay dah. Sebenarnya aku update ni nak story pasal hari sukan TDs semalam.
Kejohanan Balapan dan Sukan Kali ke-16 tahun 2012
Sukan start dalam pukul 8. Berkumpul dekat kantin lepastu pergi padang. Perbarisan rumah sukan dengan unit beruniform mula. Pengetua berucap. Baca doa. Perbarisan keluar padang. Persembahan taekwondo. Persembahan senamrobik ( betul ke senamrobik ? ) daripada pelajar Form1 dengan Form2. Persembahan ni comel sangat. Haha. Habis semua persembahan, baru lah start acara balapan dan padang.
Tengah bersemangat tengok orang lari, tibe2 hujan dalam pukul 10.30. Semua aktiviti terpaksa diberhentikan sementara. Time tu semua macam " Alaa, hujan tak lebat pun " " Eh, petir laa " " Okay -.- " Then, terpaksa lah semua pergi kantin, balik khemah masing masing atau jalan lah mane mane yg korang nak dekat sekolah tu. Aku dengan kawan kawan aku decide pergi kantin je lah. Dah duduk, makan semua, acara pun dah mula diteruskan. Semua pergi padang balik, berkumpul balik dekat keliling track. Mase tu hujan macam dah nak stop. Tapi tak pun --' Hujan makin lebat dan semua tak kesah dah dengan hujan. Haha. Semua orang seronok je mandi hujan. Basah pun dah tak peduli. Yang lari tu lagi kesian. Lari dengan keadaan padang licin. Bahaya ok bahaya.
Nampak tak keadaan padang ? Best sangat. Nak pergi khemah macam macam yang terjadi. Dah lah khemah WIRA kedua dari hujung. Kasut tenggelam dalam lecak yang agak dalam, jalan pun pandang bawah je sebab nak tengok jalan sampai berlanggar langgar dengan budak lain, baju tak yah cakap lah. Memang dah basah kuyup. Haha. Tapi best wehh. Acara last sekali acara tarik tali. Aku pun taktau sape lawan sape acara ni sebab aku tak nampak langsung sape yg lawan. Yang diri depan semua tinggi tinggi. Aku ni pulak tak berapa nak tinggi :\ Masa acara ni pulak hujan selebat lebatnya. Untunglahh sape yg dapat duduk bawah payung :) Disebabkan dah bosan ' mencuba ' tengok sape yg lawan tarik tali, syahidah ajak amik gambar dalam hujan. Hujan hujan pun kiteorang masih sempat bergambar. Haha. It's normal :D
I'm wearing red shirt
Can you see what happen to my ' tudung ' ? :o
Time penutup, cikgu tak umumkan semua pemenang sebab hujan makin lebat. Very awesome that time. Semua main lecak, mandi hujan, ketawa ketawa. Masa nyanyi lagu Negaraku semua semangat nyanyi dalam hujan. Haha.
Keputusan untuk perbarisan : Kadet Polis dapat Johan untuk perbarisan unit beruniform terbaik dan Satria dapat Johan untuk perbarisan rumah sukan terbaik. Congrates :)
Hari sukan tahun ni paling best aku rasa. Walaupun tak ramai yang datang. Tahun ni lain drpd tahun tahun sebelumnya. Bersukan dalam hujan. Mungkin ada yang tak suka bile terpaksa redah hujan, tengok acara dengan baju basah lencun, kasut tenggelam dalam lecak, seluar kena lumpur semua tu. Tapi kiteorang semua enjoy hari sukan tahun ni :D
Rumah sukan terbaik :
1. Juara ( biru )
2. Waja ( purple )
3. Jaguh ( hijau )
4. Satria ( kuning )
5. Wira ( merah )
6. Saga ( oren )
1. Juara ( biru )
2. Waja ( purple )
3. Jaguh ( hijau )
4. Satria ( kuning )
5. Wira ( merah )
6. Saga ( oren )
Sumber gambar : Nurul Syahidah
Disclaimer
Credits

Edited : Hannan Al-Habshee














