06 November 2012 • 11:07 PM • 0 comments
Assalamualaikum,
Malam ni nak post random je. Tak ada tajuk. Korang perasan tak yg makin lama masa makin cepat berjalan ? Sedar tak sedar kita dah pun dkt penghujung 2012. Soon, 2013 is comming. Very fast, right ? Aku pun rasa macam tak percaya tahun 2012 bakal berakhir :\ Kalau dulu aku macam ternanti-nanti tahun 2012. Tak tahu kenapa. Maybe sebab byk aktiviti yg akan berlaku pd tahun 2012. Contoh macam, tahun 2012 abg aku akan fly ke Japan utk sambung pelajaran dia, tahun 2012 aku akan menghadapi PMR dan tahun 2012 jgk aku akan ke Japan utk bercuti with my family. Mungkin lah sbb ni semua. Tapi sekarang, tahun 2012 dah nak habis. Abg aku dah pun fly ke Japan, aku dah pun habis PMR. Cepatnyaaa !
Tahun depan aku dah 16 tahun. Dah Form 4. Dah jadi pelajar menengah atas. Dah jadi calon SPM tahun 2014. Dah takda lagi PMR. Dah belajar lebih daripada 8 subjek. Dah tak boleh main-main. Dah tak boleh jadi budak-budak lagi. Ya Allah ! Cepatnyaa masa berlalu. Macam tak sedar je. Alhamdulillah, dah 15 tahun aku hidup di muka bumi ni. UPSR aku dah lepas. PMR aku dah lepas.
Ingat lagi tahun 2009. Masa tu aku jadi murid darjah 6 yg bakal menduduki UPSR. Jadi Setiausaha Pengawas, pakai baju biru, kasut hitam, tudung saiz L, jadi MC dekat perhimpunan, kaki menggigil masa atas pentas. Masa tu belagak jadi senior. Haha. Senior sekolah rendah lah kononnya. Jumpe junior muka selamba je. Jadi pengawas pun tak buat tugas. Konon dah senior, dah malas lah nak jadi budak baik. Hahaha. Time rehat sepatutnya aku kena bertugas dekat tangga, tapi aku makan, berbual2 dengan kawan. Cikgu lalu je buat-buat baik. Kelakar bila ingat balik zaman tu :D Hari cuti je mesti ada kelas tambahan itensif utk calon UPSR. Pernah satu hari kelas tambahan tu, aku dgn kawan2 yg lain semua dah plan nak pakai baju warna sama. Then kiteorang sama-sama pakai baju warna hitam dan tudung bawal putih, duduk meja sebaris. Sampai cikgu pun tegur " Haihh, ni geng hitam putih ke ? " Hahaha. Kawan2 lelaki semua ejek ' geng taik cicak '. Haha. Sweet memories :)
Pagi hari pertama UPSR tu, budak darjah 6 semua kumpul dekat tapak perhimpunan. Masa tu confirm lah semua nervous kan. Tapi aku tak exam dalam dewan. Exam dalam kelas biasa. Satu kelas 30 org je kot. Hari terakhir tu ada Ujian Aptitude sampai petang. Ala, yg IQ test tu. Tahun 2009 baru ada kan ujian tu ? Aku lah batch pertama yg kena buat ujian tu. Soalan diaa buat aku gila. Huhu. Lagi berapa saat nak habis masa, budak laki dalam bilik peperiksaan tu dah buat countdown sambil tgk jam dinding. Haha. Best kot masa tu. Keluar je dewan, semua dah ketawa2. Happy sebab dah merdeka. Hari nak amik result UPSR pulak, mak ayah semua datang duduk dalam dewan. Saat cikgu umumkan nama murid yg dapat 5A, aku dah takut sebab nama aku cikgu tak umumkan. Jujur aku cakap, aku nangis ok. Takut lah kan tak dpt 5A. Hehe. Rupa-rupanya nama aku second last utk murid yg dapat 5A. Cehh, buat org suspen je. Tapi bersyukur lah dapat 5A :) Pergi depan amik slip keputusan tu dengan hati yg sgt bahagia. Masa tu memang bahagia tak terkata lah. Padahal UPSR je. Haha. UPSR pun peperiksaan besar ok :p
Sekarang ni tengah menanti keputusan PMR pulak. Harap-harap bila dpt result nanti, perasaan yg ada sama macam perasaan masa dpt result UPSR - bahagia, bersyukur, bangga, puas hati dan byk lagi lah perasaan yg tak terkata. Hope I'll get 8A's in my PMR this year :) Amin.
Disclaimer
Credits

Edited : Hannan Al-Habshee


