Kenangan RK
01 November 2012 • 10:00 PM • 0 comments
Assalamualaikum
Sebelum aku start, aku nak warning dulu. Post kali ni mungkin akan jadi post yg pnjg. Jadi, sesiapa yg rasa dia malas nak baca post yg pnjg2, tak payah lah baca ok ? :)
Okay, lets start now
3 tahun. 3 tahun kami semua bergelar pelajar KRK. 3 tahun kami bersama. Dikutuk, dipandang remeh, dipinggirkan, dianggap sombong. Semua tu pernah kami lalui satu masa dulu. Tapi, kami semua masih kuat, masih tetap bersama. Jatuh bangun semua sama-sama.
Dulu masa Form 1, aku takut nak masuk sekolah menengah. Sebab semua budak tak kenal. Then, dpt tau aku masuk kelas RK1. Ada org ckp tu kelas first. Masa tu aku macam takut jgk masuk kelas first. Mesti saingan semua pandai2. Tapi bila dah masuk RK, semua kelas rasa macam sama. Takde first, takde last. Dekat KRK lah aku mula kenal kawan-kawan aku yg sampai sekarang kteorang rapat.
KRK [ 2010 - 2012 ]
Tahun 2010, kiteorang jadi batch ke-3 KRK of SMKTD. Tahun 2010 tahun pertama kiteorang masuk KRK. Masa mula-mula beli baju KRK yg warna kuning tu, semua cakap baju tu tak lawa. Macam warna pisang. Haha. Aku pun mula-mula tak suka baju tu. Tapi dah 3 tahun tengok baju tu, nampak lawa pulak :) Baju tu baju kenangan kteorang jadi batch KRK selama 3 tahun. Entah bila lagi lahh kteorang dapat pakai ' baju pisang ' tu. Sekarang aku rasa macam sayang bila tak pakai baju tu selalu.
Tahun 2011, Form2 RK dan KKD kena pindah sesi petang disebabkan kelas sesi pagi tak cukup. Tahun ni mungkin tahun yg mencabar dan tahun yg paling byk benda yg menyedihkan yg terpaksa kiteorang lalui. Tahun ni jgk kteorang dah macam nak give up dgn semua benda tu. Benda apa tak boleh bagitau. Nanti isu-isu yg tak diingini timbul pulak :) Mula-mula memang benci dengan keadaan semua tu. Tapi dah pertengahan tahun, kiteorang makin selesa sekolah sesi petang. Masalah-masalah yg timbul pun kiteorang dah tak heran. Haha. Biarlahh apa org nak cakap masa tu. Sekolah sesi petang buat kiteorang jadi rapat aku rasa. Sebab masa tu banyak aktiviti.
Jamuan Hari Raya 2011
RK plus KKD
InsyaAllah kita semua akan dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR tahun ni. Kita pun mesti nak berjaya sama-sama kan ? Kawan yang baik mesti bahagia bila kawan dia berjaya. Kita belajar sama-sama, PMR dalam dewan yang sama, insyaAllah, dapat result cemerlang sama-sama :)
Last wish :
To all my friends - Thanks sebab jadi kawan aku selama 3 tahun. Berkawan dengan korang semua merupakan kenangan terindah bagi aku. Aku mintak maaf kalau aku ada buat salah silap dekat korang semua selama 3 tahun kita kenal ni. Tak kira lah kita kelas RK1 or RK2, yg penting kita tetap kawan. InsyaAllah akan jadi kawan selamanya :)
To all of our teachers - Terima kasih cikgu sebab dah ajar kiteorang semua daripada Form1 sampai kiteorang dah habis Form3 tahun ni. Maafkan semua kesalahan kiteorang dekat cikgu-cikgu kalau kiteorang ada buat cikgu sakit hati atau kecik hati dengan kiteorang semua. Terima kasih cikgu :)
Disclaimer
Credits

Edited : Hannan Al-Habshee






